Rabu, 23 April 2008

Kisah Nur Syahirah Binti Aminudin @ Melaka

Kisah Nur Syahirah Binti Aminudin @ Melaka

Pada 19hb April 2008, di atas pelawaan Nur Syahirah Binti Aminudin, The Baker's Oven telah pergi membuat lawatan perkenalan dengan tuan punya Kedai Kek dan Roti yang beroperasi Taman Panglima Bukit Serindit Melaka ini.





Nur Syahirah Binti Aminudin bersama dengan ibu nya, Puan Rohani Binti Ismail, mengusahakan Perniagaan Kedai Kek & Roti sejak 1 tahun yang lalu. Puan Rohani mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam mengusahakan perusahaan ini secara "home-base"sebelum mengambil keputusan membuka kedai ini bersama dengan anaknya.


Produk-produk Nur Syahirah Binti Aminudin












Sebenarnya saya dan Nur Syahirah pernah kenal di antara satu sama lain di dalam salah satu channel irc. Atas cadangan rakan kami, dan rasa teruja saya melihat rakan maju dalam bidang ini, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Saya sangat bangga melihat mereka mengusahakan perniagaan ini dan pelbagai idea dan maklumat yang dapat dikongsi bersama walaupun dalam masa yang agak singkat .

Saya ini merakamkan ribuan terima kasih kepada Nur Syahirah dan ibunya Puan Rohani kerana kesudian mereka melayan saya, adik saya dan kawan saya.


Kepada pembaca blog The Baker's Oven terutama di Melaka yang ingin mendapatkan produk Kedai Kek & Roti Nur Syahirah, boleh menghubungi mereka di alamat dan no telefon mereka seperti berikut :-



Nur Syahirah Binti Aminudin, Kedai Kek & Roti , Rangkainiaga Sweet Azza Confectionery, No 20 Jalan Panglima 2, Taman Panglima, Bukit Serinddit, 75400 Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tel : 017-3173739 (Nur Syahirah) & 012-2348103 (Puan Rohani)

Email Nur Syahirah : mama_syiera@yahoo.com.my

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Nur Syahirah dan ibunya berjaya menjadi usahawan yang berjaya ...

from: PilihanHatiKu

Tanpa Nama berkata...

as;kum..akak!!thanx eh..hehehe..syiera dh wat blog dh..tapi still under construction
www.sweetazzabakery.blogspot.com

Admin berkata...

Assalamualaikum...

Tahniah kerana usaha anda untuk berkongsi berita kewujudan syarikat orang Melayu Islam dalam dunia keusahawanan.

Mengikut pengalaman saya, biarlah kita bersusah payah dahulu dari mengejar kejayaan mengikut cara yang tidak diredha Allah SWT. Cubalah berniaga dalam keadaan sejujur dan sebaik yang boleh.

Paling penting adalah kalau boleh berniagalah tanpa berhutang atau membuat pinjaman perniagaan kecuali sangat2 memerlukan, bergantung juga pada bacaan marketing jangka panjang. Juga tidak memberi hutang jika ingin berjaya dalam perniagaan. Inilah yang diamalkan oleh sahabat Nabi Muhammad SAW.

Berniaga ni juga merupakan ibadah sekiranya ia dijalankan dengan betul, kerana selain dari menjadi sumber pendapatan seseorang, ia juga menjadi kemudahan pada orang lain yang memerlukan perkhidmatan tertentu. Biarlah kita bermula dengan kecil tapi herhasil!


ictniaga.blogspot.com

Faizati berkata...

salam...sayer nak tanyer kat sini ader x jual mould coklat?

Faizati berkata...

salam..sayer nak tanyer kat sini ader x jual mould coklat?

Unknown berkata...

slm. sy menjual produk mister cocoa dgn harge yg murah di pasaran (area melaka). Boleh lihat di FB Mister Cocoa atau di blog mistercocoa.blogspot.com
Berminat boleh call/whatsaap : 0199000625 - maza-
0123050646
-ty-