Rabu, 26 Mac 2008

Kisah Persahabatan

Kisah Persahabatan & Bunga

Pada 25hb Mac 2008, saya menerima satu sms dari seorang kenalan rapat. Sms tersebut adalah seperti berikut :-

"Adakh anda tahu hbungan antra 2 biji mata anda?mreke brkedip bsama, brgerak brsama. menangis bsama, melihat brsama dan tido brsama meski pn mreka x prnah mlihat antra 1 sma lain. Prhgbn shrusnya sperti itu. Khidupan bgai neraka tnpa kawan. Hri ni adlh "Minggu KWN SDUNIA" siapa kwn anda?hntr msg nie utk seme kwn anda trmsuk sya jika sy slh sorg kwn anda.lihat brp byk anda dpt blk dr mrk. Jika anda mndpt lebih dr 3 itu brmkna anda adlh sorg kwn yg penyayang. "

Seperti maksud sms berkenaan, saya pun "mengsms" semua kawan-kawan saya termasuk pengirim sms tersebut. Kesemuanya di hantar pada pukul 1.29 pagi. Pada ketika itu saya berpendapat , sudah semestinya kebanyakkan mereka sudah lena di buai mimpi. (Minta maaf yer kawan-kawan, kerana menganggu mimpi kalian semua ). Tanpa di duga, terdapat segelintir rakan yang membalas sms tersebut walau pun pada ketika itu jam menunjukkan pukul 2-20 pagi.

Pada hari ini, sewaktu sedang bekerja , saya masih di hujani dengan sms dari rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kalian, kerana menghargai persahabatan kita.

Sewaktu malam melabuhkan tirainya, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang kenalan rapat meminta maaf kerana tidak dapat membalas sms tersebut kerana terlalu sibuk dengan tugas. Sebagai balasan dia mengirimkan gambar ini untuk menyatakan bertapa dia menghargai saya sebagai seorang kawan.

Walaupun hanya dengan mengirimkan gambar, hati saya tersentuh dengan keikhlasan seorang kawan. Saya pun menelefon kepadanya sambil berseloroh, "gambar ajer? realnya x der ker?", lalu dia mengajak saya untuk keluar minum. Disebabkan rakan saya tidak membawa kenderaan pada hari ini, saya pun mempelawa untuk mengambil dia dari pejabat dan menghantar dia pulang. Sebaik saja sampai di pejabatnya, dia mengemas barangnya lalu memberi saya sejambak bunga ini.


Terima Kasih ina, kerana bersusah payah untuk kakak mu ini.

MORAL OF THE STORY --- > HARGAILAH KAWAN ANDA :)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terharu baca post ni..tp betul kak, kwn sejati mmg susah nak cari.. :(

salam perkenalan & persahabatan dr saya..x nampak dimata..dekat di hatiiii...hehehe..

Herda --<@ --<@
bakes-with-love.fotopages.com
bakes-with-love.blogspot.com