Isnin, 31 Mac 2008

Kisah The Baker's Oven @ Melaka 29hb & 30hb Mac 2008

The Baker's Oven @ Melaka 29hb Mac 2008 & 30hb Mac 2008


Pada 29hb Mac 2008, The Baker's Oven telah bercuti seketika di Melaka. Ini adalah kerana menunaikan janji saya kepada dua orang tua saya untuk bawa mereka berjalan dan menikmati Ikan Bakar di Umbai.


Sewaktu dalam perjalanan ke hotel, saya telah singgah di sebuah kedai yang terkenal dengan Masakan Asam Pedas. Saya panggil kedai ini "Kedai Asam Pedas Marvelous". Mereka menjual pelbagai jenis ikan yang di masak asam pedas. Tetapi sayang sekali. Sewaktu sampai di kedai ini, jam menunjukkan pukul 3-30 petang dan Asam Pedas Marvelous dah habis. Tapi itu bukan tujuan utama saya ke kedai ini. Saya bercadang untuk makan asam pedasnya pada keesokkan harinya. Saya singggah ke kedai ini kerana pada waktu petang, terdapat pelbagai juadah kuih yang di jual dan disini juga terdapat satu lagi "favourite" saya yang saya gelarkan "Popiah Marvelous". Popiah ini di kenalkan oleh keluarga angkat saya yang menetap di Melaka. Keenakkan popiah ini, di akui sendiri oleh saya, adik saya, sepupu saya dan kawan saya. Kedai Asam Pedas dan Popiah Marvelous ini adalah merupakan kedai wajib yang saya singgah setiap kali datang ke Melaka. Setelah beberapa kali pulang dengan hampa, pada kali ini, nasib saya amat baik kerana Kedai Popiah Marvelous ini buka pada hari itu. Adik saya sangat gembira tak terkira dan membeli sebanyak 20 biji popiah dan 25 biji pada keesokkan harinya sebelum pulang.

Popiah Marvelous




Amat susah untuk di ceritakan betapa sedapnya popiah ini. ssssllluurrrrpppp.... Kedai ini dibuka untuk jualan minuman petang pada setiap hari bermula pukul 3-30 petang. Untuk membeli popiah ini, saya akan memastikan bahawa saya pergi ke kedai ini sebelum pukul 4 petang. Berdasarkan pengalaman, jika saya sampai di sana pukul 4-30 petang ke atas, Popiah Marvelous nie dah habis.


Di Melaka, kami menginap di Fenix Inn. Hotel ini dipilih kerana kedudukkannya di tengah-tengah Banda Hilir, 10 minit ke Mahkota Parade, 5 Minit ke Dataran Pahlawan, 10 Minit ke Kota Famosa, Muzium Melaka, Memorial Kemerdekaan dan banyak lagi lah... Semuanya hanya dengan berjalan kaki dari hotel ini. Tak payah lah pening-pening nak cari parking .. hihihihihi...



Ni no bilik






Selepas check-in , saya tidak ke mana-mana kerana menunggu pelanggan yang telah menempah produk keluaran The Baker's Oven. Terima Kasih kepada Cik Siti dari Alor Gajah dan Puan Siti Rohana dari Batu Berendam atas tempahan anda. Berikut adalah produk yang ditempah oleh mereka

Cupcakes





Blueberry Tart with Complimentary 2 pieces Apple Tart






Kek Biskut Marrie (a.k.a Kek Batik Jawa)





Selepas Maghrib, saya pun memulakan perjalanan ke Umbai, Melaka. Apa lagi.... makan ikan bakar lah... hihihihihi...


Nak tengok apa saya order?

Jeng... Jeng.. Jeng.............


Pencecah Ikan Bakar




Ketam Goreng



Sotong Goreng Tepung




Ikan Masak Asam Pedas




Ikan Siakap Bakar Lada





Selepas menikmati makan malam, saya pergi ke Jonker Street yang merupakan kawasan tumpuan pelancung pada waktu malam. Terlalu sibuk "window Shopping" terlupa nak ambil gambar suasana di Jonker Street











1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahhh ... sedapnye makan... nanti saya pun nak pegi laaa jalan jalan cari makan kat situ .... hehehe

Dari PilihanHatiKu