JulesMD
Hari ini, keluarga sepupu saya yang berasal dari Selama, Perak datang beraya di rumah keluarga saya. Seperti biasa, isteri kepada sepupu saya ( panggil apa ek? sepupu ipar? :D) yang saya panggil Kak Julie selalu datang bersama buah tangan untuk ibu saya. Kali ini buah tangan dia amat berbeza sekali.
Setelah puas melihat tin biskut yang diberi, baru lah saya perasan bahawa Kak Julie telah mengeluarkan produk makanan dia sendiri yang diberi nama "Jules Delightfulness - Coconut Crunch" . Begini lah rupanya.
Saya amat kagum dengan Kak Julie kerana dia seorang surirumah sepenuh masa dan masih mempunyai masa untuk menjalankan perniagaan nya dari rumah. Pada mulanya saya hanya mengetahui Kak Julie nie membuat hamper untuk pelanggan korporat, dan sekarang, melalui blog beliau, saya dapat tahu dia juga menyediakan beberapa jenis perkhidmatan lain. Selain dari hamper, beliau juga membuat biskut, Pengurusan majlis (event management), Perkhidmatan PR dan Penulisan, Menerima Tempahan Brownies dan akan datang pada bulan December nanti ialah Koleksi Baju Kanak-Kanak.
Kepada pembaca blog yang ingin maklumat lanjut, sila berkunjung Kak Julie di http://julesmd.blogspot.com . Kepada Kak Julie, selamat maju jaya dalam perniagaan yang di ceburi.
1 ulasan:
Salam... Hey, kita tak tau awak ada "The Baker's Oven"... Cool! So, Ayu ada catering business ke? Bagus tu, I memang sentiasa perlu tambah my catering contacts. Sorila, Kjul tak sempat baca blog Ayu sepenuhnya coz sentiasa je ada gangguan dari si 3 bertuah ni, esp yang kecik 2 org ni. Anyway, I will read summore and keep in touch ya... And, terima kasiiiiih banyak2 coz support me, hehehe... All the best!
Catat Ulasan