Jumaat, 20 Jun 2008

Kisah Harga Barang Naik

Kisah Harga Barang Naik


Sebenarnya entry berkenaan harga barang yang semakin hari semakin naik nie, dah lama nak buat. Namun saya pendam saja. Tetapi apabila harga minyak naik sebanyak RM0.78 iaitu secara puratanya 41 %, saya rasa perlu saya menulis sesuatu.


Sejak terjerumus ke lembah perniagaan bakeri ni, pening juga kepala saya di buatnya. Saya memula perniagaan ini pada ketika stok tepung untuk pertama kalinya sukar di perolehi. Tapi mungkin disebabkan kawasan saya berhampiran dengan beberapa pasaraya besar, mungkin itu bukan satu isu.


Sewaktu rancak menjalankan pernigaan ini, sekali lagi, tepung naik. Kalau di ikutkan berdasarkan informasi dari blog lain, ini adalah kali ke 3 tepung naik harga dalam tahun ni. Semalam sewaktu menonton Berita, terdapat keluhan para usahawan yang menjalankan perniagaan yang menggunakan tepung sebagai bahan utama mereka. Kesian mereka. Ada yang terpaksa menutup perniagaan gara-gara gagal mendapatkan bekalan tepung.


Sewaktu melawat blog rakan yang lain, rata-rata mereka sudah mula menaikan harga produk mereka. Perkara itu membuatkan saya berfikir, perlukan saya menaikkan harga bagi menampung kos yang kian meningkat. Persoalan ini saya telah fikirkan lebih dari 3 bulan yang lalu


Kenaikkan harga barangan sebenarnya tidak dapat di elakkan. Begitu juga dengan The Baker's Oven. Adalah dengan ini di maklumkan bahawa kami akan menaikkan harga produk kami selaras dengan kos yang kian meningkat.



Sekian. Harap Maklum

Tiada ulasan: