Jumaat, 20 Jun 2008

Kisah Harga Barang Naik

Kisah Harga Barang Naik


Sebenarnya entry berkenaan harga barang yang semakin hari semakin naik nie, dah lama nak buat. Namun saya pendam saja. Tetapi apabila harga minyak naik sebanyak RM0.78 iaitu secara puratanya 41 %, saya rasa perlu saya menulis sesuatu.


Sejak terjerumus ke lembah perniagaan bakeri ni, pening juga kepala saya di buatnya. Saya memula perniagaan ini pada ketika stok tepung untuk pertama kalinya sukar di perolehi. Tapi mungkin disebabkan kawasan saya berhampiran dengan beberapa pasaraya besar, mungkin itu bukan satu isu.


Sewaktu rancak menjalankan pernigaan ini, sekali lagi, tepung naik. Kalau di ikutkan berdasarkan informasi dari blog lain, ini adalah kali ke 3 tepung naik harga dalam tahun ni. Semalam sewaktu menonton Berita, terdapat keluhan para usahawan yang menjalankan perniagaan yang menggunakan tepung sebagai bahan utama mereka. Kesian mereka. Ada yang terpaksa menutup perniagaan gara-gara gagal mendapatkan bekalan tepung.


Sewaktu melawat blog rakan yang lain, rata-rata mereka sudah mula menaikan harga produk mereka. Perkara itu membuatkan saya berfikir, perlukan saya menaikkan harga bagi menampung kos yang kian meningkat. Persoalan ini saya telah fikirkan lebih dari 3 bulan yang lalu


Kenaikkan harga barangan sebenarnya tidak dapat di elakkan. Begitu juga dengan The Baker's Oven. Adalah dengan ini di maklumkan bahawa kami akan menaikkan harga produk kami selaras dengan kos yang kian meningkat.



Sekian. Harap Maklum

Rabu, 18 Jun 2008

Iklan

INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA PANTAS DAN SELAMAT?

Sertai "Camp So Easy" di Bukit Tinggi Resort pada hari Sabtu 21hb Jun 2008 dan Ahad 22 Jun 2008.

Bayaran RM388 bersama produk atau RM150 tanpa produk.

Sila hubungi Encik Nazir di talian 019-5621521 atau http://www.easyphamax.com/ untuk maklumat produk dan http://nazir.easyphamax.com/ untuk belian produk

Selasa, 17 Jun 2008

Blueberry dan Egg Tart

Blueberry dan Egg Tart

Ditempah oleh Puan Suriati , Kajang Selangor




Blueberry Tart

Blueberry Tart

Ditempah oleh Encik Mohd Zaidi , Semenyih , Selangor



Blueberry dan Egg Tart

Blueberry & Egg Tart

Ditempah oleh Siti Yusnidah, Kuala Lumpur

Ahad, 15 Jun 2008

Pengumuman

Pengumuman

The Baker's Oven dengan ini membuka semula tempahan kepada pelanggan setelah terpaksa menolak tarikh-tarikh tertentu kerana kesibukkan kami pergi melancong dan menghadiri majlis kenduri kendara saudara mara .

The Baker's Oven juga ingin berkongsi bersama pengalaman kami merantau di negeri orang terutama di Bandung Indonesia. Oleh itu , nantikan entry yang terkini kegiatan Bersama The Baker's Oven di blog kami di
http://bersamathebakersoven.blogspot.com/ .

Sekian. Terima Kasih

Ahad, 1 Jun 2008

Blueberry Tart

Blueberry Tart

Ditempah oleh Siti Yusnidah, Kuala Lumpur