Jumaat, 25 April 2008
Rabu, 23 April 2008
Kisah Nur Syahirah Binti Aminudin @ Melaka
Pada 19hb April 2008, di atas pelawaan Nur Syahirah Binti Aminudin, The Baker's Oven telah pergi membuat lawatan perkenalan dengan tuan punya Kedai Kek dan Roti yang beroperasi Taman Panglima Bukit Serindit Melaka ini.
Nur Syahirah Binti Aminudin bersama dengan ibu nya, Puan Rohani Binti Ismail, mengusahakan Perniagaan Kedai Kek & Roti sejak 1 tahun yang lalu. Puan Rohani mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam mengusahakan perusahaan ini secara "home-base"sebelum mengambil keputusan membuka kedai ini bersama dengan anaknya.
Produk-produk Nur Syahirah Binti Aminudin
Sebenarnya saya dan Nur Syahirah pernah kenal di antara satu sama lain di dalam salah satu channel irc. Atas cadangan rakan kami, dan rasa teruja saya melihat rakan maju dalam bidang ini, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Saya sangat bangga melihat mereka mengusahakan perniagaan ini dan pelbagai idea dan maklumat yang dapat dikongsi bersama walaupun dalam masa yang agak singkat .
Saya ini merakamkan ribuan terima kasih kepada Nur Syahirah dan ibunya Puan Rohani kerana kesudian mereka melayan saya, adik saya dan kawan saya.
Kepada pembaca blog The Baker's Oven terutama di Melaka yang ingin mendapatkan produk Kedai Kek & Roti Nur Syahirah, boleh menghubungi mereka di alamat dan no telefon mereka seperti berikut :-
Nur Syahirah Binti Aminudin, Kedai Kek & Roti , Rangkainiaga Sweet Azza Confectionery, No 20 Jalan Panglima 2, Taman Panglima, Bukit Serinddit, 75400 Melaka Bandaraya Bersejarah.
Tel : 017-3173739 (Nur Syahirah) & 012-2348103 (Puan Rohani)
Email Nur Syahirah : mama_syiera@yahoo.com.my
Isnin, 14 April 2008
Pengumuman
The Baker's Oven akan berada di Melaka pada 19hb April 2008. Jika ada pengujung blog ini (dari Melaka) yang ingin menempah produk keluaran The Baker's Oven, anda boleh berbuat demikian kerana kami akan berada di sana pada hari tersebut. Tempat untuk mengambil tempahan anda akan diberitahu kelak.
Sekian Harap Maklum
Ahad, 13 April 2008
Jumaat, 11 April 2008
Kek Biskut Marrie
Sabtu, 5 April 2008
Kek Biskut Marrie
Kisah "Fortune Cookies"
Baru-baru ini, saya ada singgah di tempat kerja kawan saya di salah sebuah bank tempatan di Puchong. Sewaktu menunggu dia selesai melayan pelanggannya, saya ternampak "Fortune Cookies" untuk pelanggan bank berkenaan di meja kopi tempat saya menunggu. Setelah di dipelawa oleh kawan saya, tanpa segan silu.....hihihihi...saya pun mengambil "Fortune Cookies" itu.
Rasa "Fortune Cookies" nie macam rasa kuih kapit. Saya bukan teruja sangat dengan rasa "Fortune Cookies" nie . Saya sebenarnya teruja dengan "tilikan" yang terdapat di dalam biskut ini. Setiap "Fortune Cookies", ada ramalan atau tilikan apa yang akan berlaku pada orang yang makan biskut nie. Saya bukan lah orang yang percaya dengan tilikan atau ramalan yang akan berlaku pada masa hadapan, cuma saya suka tengok apa yang ditulis. Itu saja. Perkara yang berlaku pada kita adalah segalanya kuasa Tuhan dan ketentuanNYA dan bukan "kuasa" "Fortune Cookies" ni.
"Fortune Cookies" ini diperkenalkan oleh kaum cina kepada masyarakat kita. Mungkin keunikan bagaimana ianya "dipersembahkan" membuatkan ia lain dari yang lain. Saya ada juga mencari cara-cara nak buat "Fortune Cookies" nie. Puas tanya rakan kaum cina yang lain. Tak seorang pun tau buat.. hihihi.... Ada tak diantara pembaca blog saya yang tahu?