Isnin, 31 Mac 2008

Kisah The Baker's Oven @ Melaka 29hb & 30hb Mac 2008

The Baker's Oven @ Melaka 29hb Mac 2008 & 30hb Mac 2008


Pada 29hb Mac 2008, The Baker's Oven telah bercuti seketika di Melaka. Ini adalah kerana menunaikan janji saya kepada dua orang tua saya untuk bawa mereka berjalan dan menikmati Ikan Bakar di Umbai.


Sewaktu dalam perjalanan ke hotel, saya telah singgah di sebuah kedai yang terkenal dengan Masakan Asam Pedas. Saya panggil kedai ini "Kedai Asam Pedas Marvelous". Mereka menjual pelbagai jenis ikan yang di masak asam pedas. Tetapi sayang sekali. Sewaktu sampai di kedai ini, jam menunjukkan pukul 3-30 petang dan Asam Pedas Marvelous dah habis. Tapi itu bukan tujuan utama saya ke kedai ini. Saya bercadang untuk makan asam pedasnya pada keesokkan harinya. Saya singggah ke kedai ini kerana pada waktu petang, terdapat pelbagai juadah kuih yang di jual dan disini juga terdapat satu lagi "favourite" saya yang saya gelarkan "Popiah Marvelous". Popiah ini di kenalkan oleh keluarga angkat saya yang menetap di Melaka. Keenakkan popiah ini, di akui sendiri oleh saya, adik saya, sepupu saya dan kawan saya. Kedai Asam Pedas dan Popiah Marvelous ini adalah merupakan kedai wajib yang saya singgah setiap kali datang ke Melaka. Setelah beberapa kali pulang dengan hampa, pada kali ini, nasib saya amat baik kerana Kedai Popiah Marvelous ini buka pada hari itu. Adik saya sangat gembira tak terkira dan membeli sebanyak 20 biji popiah dan 25 biji pada keesokkan harinya sebelum pulang.

Popiah Marvelous




Amat susah untuk di ceritakan betapa sedapnya popiah ini. ssssllluurrrrpppp.... Kedai ini dibuka untuk jualan minuman petang pada setiap hari bermula pukul 3-30 petang. Untuk membeli popiah ini, saya akan memastikan bahawa saya pergi ke kedai ini sebelum pukul 4 petang. Berdasarkan pengalaman, jika saya sampai di sana pukul 4-30 petang ke atas, Popiah Marvelous nie dah habis.


Di Melaka, kami menginap di Fenix Inn. Hotel ini dipilih kerana kedudukkannya di tengah-tengah Banda Hilir, 10 minit ke Mahkota Parade, 5 Minit ke Dataran Pahlawan, 10 Minit ke Kota Famosa, Muzium Melaka, Memorial Kemerdekaan dan banyak lagi lah... Semuanya hanya dengan berjalan kaki dari hotel ini. Tak payah lah pening-pening nak cari parking .. hihihihihi...



Ni no bilik






Selepas check-in , saya tidak ke mana-mana kerana menunggu pelanggan yang telah menempah produk keluaran The Baker's Oven. Terima Kasih kepada Cik Siti dari Alor Gajah dan Puan Siti Rohana dari Batu Berendam atas tempahan anda. Berikut adalah produk yang ditempah oleh mereka

Cupcakes





Blueberry Tart with Complimentary 2 pieces Apple Tart






Kek Biskut Marrie (a.k.a Kek Batik Jawa)





Selepas Maghrib, saya pun memulakan perjalanan ke Umbai, Melaka. Apa lagi.... makan ikan bakar lah... hihihihihi...


Nak tengok apa saya order?

Jeng... Jeng.. Jeng.............


Pencecah Ikan Bakar




Ketam Goreng



Sotong Goreng Tepung




Ikan Masak Asam Pedas




Ikan Siakap Bakar Lada





Selepas menikmati makan malam, saya pergi ke Jonker Street yang merupakan kawasan tumpuan pelancung pada waktu malam. Terlalu sibuk "window Shopping" terlupa nak ambil gambar suasana di Jonker Street











Sabtu, 29 Mac 2008

Kek Biskut Marrie

Kek Biskut Marrie
(juga di kenali sebagai Kek Batik Jawa)

Ditempah oleh Ms Yong, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan






Ditempah oleh Ms Yen, Taman Universiti Indah , Seri Kembangan



Ditempah oleh Ms May , Taman Muhibbah, Seri Kembangan dan Ms Tong , Pekan Seri Kembangan


Rabu, 26 Mac 2008

Kisah Persahabatan

Kisah Persahabatan & Bunga

Pada 25hb Mac 2008, saya menerima satu sms dari seorang kenalan rapat. Sms tersebut adalah seperti berikut :-

"Adakh anda tahu hbungan antra 2 biji mata anda?mreke brkedip bsama, brgerak brsama. menangis bsama, melihat brsama dan tido brsama meski pn mreka x prnah mlihat antra 1 sma lain. Prhgbn shrusnya sperti itu. Khidupan bgai neraka tnpa kawan. Hri ni adlh "Minggu KWN SDUNIA" siapa kwn anda?hntr msg nie utk seme kwn anda trmsuk sya jika sy slh sorg kwn anda.lihat brp byk anda dpt blk dr mrk. Jika anda mndpt lebih dr 3 itu brmkna anda adlh sorg kwn yg penyayang. "

Seperti maksud sms berkenaan, saya pun "mengsms" semua kawan-kawan saya termasuk pengirim sms tersebut. Kesemuanya di hantar pada pukul 1.29 pagi. Pada ketika itu saya berpendapat , sudah semestinya kebanyakkan mereka sudah lena di buai mimpi. (Minta maaf yer kawan-kawan, kerana menganggu mimpi kalian semua ). Tanpa di duga, terdapat segelintir rakan yang membalas sms tersebut walau pun pada ketika itu jam menunjukkan pukul 2-20 pagi.

Pada hari ini, sewaktu sedang bekerja , saya masih di hujani dengan sms dari rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kalian, kerana menghargai persahabatan kita.

Sewaktu malam melabuhkan tirainya, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang kenalan rapat meminta maaf kerana tidak dapat membalas sms tersebut kerana terlalu sibuk dengan tugas. Sebagai balasan dia mengirimkan gambar ini untuk menyatakan bertapa dia menghargai saya sebagai seorang kawan.

Walaupun hanya dengan mengirimkan gambar, hati saya tersentuh dengan keikhlasan seorang kawan. Saya pun menelefon kepadanya sambil berseloroh, "gambar ajer? realnya x der ker?", lalu dia mengajak saya untuk keluar minum. Disebabkan rakan saya tidak membawa kenderaan pada hari ini, saya pun mempelawa untuk mengambil dia dari pejabat dan menghantar dia pulang. Sebaik saja sampai di pejabatnya, dia mengemas barangnya lalu memberi saya sejambak bunga ini.


Terima Kasih ina, kerana bersusah payah untuk kakak mu ini.

MORAL OF THE STORY --- > HARGAILAH KAWAN ANDA :)

Selasa, 25 Mac 2008

Kisah Tiram

Tiram (Oyster)




Tiram nie seperti orang lain tau ialah makanan laut yang di kelaskan sebagai makan mewah. Yang "mengkelaskan" tiram nie sebagai makanan mewah sebenarnya adalah kawan-kawan kat ofis tu... Pantang nampak tiram kat meja buffet.. tempat tu diaorang serbu dulu. Mungkin disebabkan saya tak pernah nak ambil tau mahal atau tidak tiram nie sebenarnya. Maklumlah.. tak reti makan tiram mentah-mentah macam dalam gambar tu. Macamana sebenarnya cara atau kombinasi yang sesuai nak makan tiram ni? ada sesiapa tau ....

Pengumuman

The Baker's Oven @ Melaka, 29hb Mac 2008


The Baker's Oven akan berada di Melaka pada 29hb Mac 2008. Jika ada pengujung blog ini (dari Melaka) yang ingin menempah produk keluaran The Baker's Oven, anda boleh berbuat demikian kerana kami akan berada di sana pada hari tersebut. Tempat untuk mengambil tempahan anda akan diberitahu kelak.


Sekian Harap Maklum

Selasa, 11 Mac 2008

Pengumuman

Pengumuman

The Baker's Oven dengan ini memaklumkan bahawa tempahan bagi tarikh berikut ditutup : -

* 29 Mac 2008 sehingga 31 March 2008

Tempahan bagi tarikh-tarikh lain masih lagi di buka.


Sekian Harap Maklum

Isnin, 10 Mac 2008

Birthday CupCakes

CupCakes
Pastel Colour Buttercream Decorations
Ditempah oleh Mohd Razali, Puchong, Selangor






Blueberry Tart

Blueberry Tart
Ditempah oleh Siti Yusnidah, Kuala Lumpur




Khamis, 6 Mac 2008

Pengumuman

Pengumuman

The Baker's oven dengan ini memaklumkan bahawa tempahan bagi tarikh-tarikh berikut telah penuh : -

* 8hb Mac 2008 sehingga 10hb Mac 2008 dan
* 15hb Mac 2008 sehingga 17hb Mac 2008

Tempahan bagi tarikh-tarikh lain masih lagi di buka .


Sekian Harap Maklum

CupCakes - Swirl Design

Cupcakes
Simple Swirl Design (Buttecream)
Price, Minimum order and Delivery Charges - Please Email for inquiry





Rabu, 5 Mac 2008

Birthday CupCakes

Cupcakes
Blue & White Buttecream Decorations
Price , Minimun Order and Delivery Charges : Please email for enquiry






Ahad, 2 Mac 2008

Apple Tart

Apple Tart
Price : RM2-20 each
Minimum order : 20 pieces
Delivery Charges : Depends on location - Please email for enquiry





Apple Pie

Apple Pie
Sebagai Buah Tangan untuk Bushu dan Keluarga di Kelana Jaya








CupCakes - Variety Decorations

Cupcakes
Variety Buttecream Decorations
Price , Minimun Order and Delivery Charges : Please email for enquiry


Sabtu, 1 Mac 2008

Demam Pilihanraya 2008

Pilihanraya 8 Mac 2008

Pilihanraya tinggal beberapa hari lagi. Sana sini kelihatan berbagai rupa poster dan bagi calon-calon DUN dan PARLIMEN digantung dengan kreatif sekali.

Oleh itu, di sini The Baker's Oven ingin mengucapkan selamat membuang undi pada 8 Mac 2008.

Kepada para penyokong setiap parti , jangan gaduh-gaduh. Tak baik gaduh-gaduh nie..

Kepada pengundi, undilah dengan bijak dan ingat bahawasanya UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

Egg Tart & Blueberry Tart

Egg Tart & Blueberry Tart
Order By Siti Yusnidah, Kuala Lumpur





Kek Cartoon Doremon

Kek Cartoon Doremon
with buttercream decoration
Price and Delivery Charges : Please email for enquiry





CupCakes - A Gift for Mak Su and Family

CupCakes
Pink Theme with buttercream decoration
Price, Minimum Order and Delivery Charges : Please email for enquiry

CupCakes - A Gift for Mak Ndak and Family

CupCakes
Blue Theme with buttercream decoration
Price, Minimum Order and Delivery Charges : Please email for enquiry








Muffin

Muffin
Price : RM2-00 each (Plain) / RM2-20 (With Filling - Blueberry / Strawberry)
Minimum order : 20 pieces
Delivery Charges : Depends on location - Please email for enquiry



Egg Tart

Egg tart
Price : RM2-00 each
Minimum order : 20 pieces
Delivery Charges : Depends on location - Please email for enquiry



Blueberry Tart

Blueberry Tart
Price : RM2-20 each
Minimum order : 20 pieces
Delivery Charges : Depends on location - Please email for enquiry






Kek Batik Jawa (Kek Biskut Marrie)

Kek Batik Jawa (Kek Biskut Marrie)
Price : RM45-00
Delivery Charges : Depends on location - Please email for enquiry