Khamis, 28 Februari 2008

Kisah Hujung Minggu Pada 2hb & 3hb Februari 2008 (Part 2)

3hb Februari 2008
Pagi-pagi lagi dah bersiap untuk pergi ke BRA dengan penuh semangat, walaupun pada hakikatnya, kaki masih lenguh-lenguh lagi. Hari nie aku mengambil keputusan untuk mengikuti kursus menghias kek laks. Kek nie kalau bab bab masak tau la... tapi bab nak menghias, langsung fail.

Sebelum nie ada gak tengok youtube cara-cara nak menghias kek dan cup cake. Berdasarkan beberapa kali tengok youtube tu, terhasillah cup cake yang pertama kali dibuat, dan kawan sepejabat jadi bahan uji cup cake pertama aku nie



Masa tengok diaorang makan, punyalah seronok. Kawan-kawan memberi komen yang sangat memberansangkan. Terima kasih korang.

Seperti 2hb Februari 2008, sekali lagi aku pergi kelas di BRA nie, tetapi pada hari nie aku tak keseorangan. Aku bersama-sama 3 student lain yang mengambil kursus Intensif Perniagaan Bakeri secara Part Time. Sekali lagi, Chef Muhammad menyelia kelas tersebut. dan hasilnya adalah seperti berikut



Kek Kartoon Doremon





Kek Hantaran / Birthday Wishes & Sebagainya




Cup Cake Berbagai Corak

Dan sekali lagi, disebabkan semua hasil kerja di bawa pulang, dan tak ada orang yang nak makan, hantar sekali lagi rumah Mak Ndak dan Mak Su













1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh x nk tahu..apa alamt youtube untuk hias cupcake 2???