Jumaat, 29 Februari 2008

Pengenalan - The Baker's Oven

Nama Perniagaan : The Baker's Oven
No Pendaftaran : 001742740-H
Jenis Perniagaan : Menjalankan Perniagaan Kek dan Pastri (Homemade)
Contact email : caliphworldlifestyle@yahoo.com.my

*Kami merupakan sebuah peniagaan milik 100 % bumiputra yang menjalankan perniagaan kek dan pastri. Segala produk kami adalah "homemade".

*Kami menerima tempahan kek, cup cake (kek cawan), tart, pie bagi kawasan Selangor dan Kuala Lumpur (Sila email untuk mengetahui kos penghantaran).

*Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penghantaran bagi kuantiti yang sedikit dan 14 hari bagi kuantiti yang banyak

*Bagi kuantiti yang banyak, bayaran deposit 50 % dari jumlah yang telah dipersetujui, hendak lah dibuat terlebih dahulu. Cara bayaran akan di beritahu kemudian

Terima Kasih.

Khamis, 28 Februari 2008

Kisah Hujung Minggu Pada 2hb & 3hb Februari 2008 (Part 2)

3hb Februari 2008
Pagi-pagi lagi dah bersiap untuk pergi ke BRA dengan penuh semangat, walaupun pada hakikatnya, kaki masih lenguh-lenguh lagi. Hari nie aku mengambil keputusan untuk mengikuti kursus menghias kek laks. Kek nie kalau bab bab masak tau la... tapi bab nak menghias, langsung fail.

Sebelum nie ada gak tengok youtube cara-cara nak menghias kek dan cup cake. Berdasarkan beberapa kali tengok youtube tu, terhasillah cup cake yang pertama kali dibuat, dan kawan sepejabat jadi bahan uji cup cake pertama aku nie



Masa tengok diaorang makan, punyalah seronok. Kawan-kawan memberi komen yang sangat memberansangkan. Terima kasih korang.

Seperti 2hb Februari 2008, sekali lagi aku pergi kelas di BRA nie, tetapi pada hari nie aku tak keseorangan. Aku bersama-sama 3 student lain yang mengambil kursus Intensif Perniagaan Bakeri secara Part Time. Sekali lagi, Chef Muhammad menyelia kelas tersebut. dan hasilnya adalah seperti berikut



Kek Kartoon Doremon





Kek Hantaran / Birthday Wishes & Sebagainya




Cup Cake Berbagai Corak

Dan sekali lagi, disebabkan semua hasil kerja di bawa pulang, dan tak ada orang yang nak makan, hantar sekali lagi rumah Mak Ndak dan Mak Su













Kisah Hujung Minggu Pada 2hb & 3hb Februari 2008 (Part 1)

Kisahnya bermula pada satu hari aku berfikir... aku nie minat berniaga.. tapi... apa nak aku buat.. aku tenguk kawan aku sorang tu jual apa saja, mesti laku.. tapi, aku nie macamana? Dah macam-macam aku cuba. Aku mula memerhati bagaimana kawan aku sorang tu bersama-sama dengan suaminya dengan gigih menjalankan berbagai-bagai perniagaan tanpa rasa jemu. Hati nie mula berkata-kata, mungkin dia boleh buat begitu kerana itu lah mata pencariannya. Nak tak nak, kena berusaha bersungguh untuk meneruskan hidup. Aku nie macamana pulak? Dari pukul 8-45 pagi sampai kekadang tu pukul 11 malam masih di pejabat. Tak boleh jadi nie. Kena buat sesuatu. Teringat abang angkat dari Singapura pernah berpesan, kena mulakan berniaga.. walau sekecil mana pun. Aku mula bermuhasabah diri.. apa yang aku cari sebenarnya? apa yang boleh aku mulakan? Apa yang patut aku buat... Berkat perbincangan dengan seorang kenalan internet. Aku mengambil keputusan membuat sesuatu kelainan. Kelainan ini akan "mengegarkan" semua ahli keluarga dan sahabat handai yang kenal dengan perangai aku.

2 februari 2008
Pepagi lagi dah bangun bagi tau mak, nak pergi berkursus di Taman Melawati. Seperti yang aku jangka, mak pun tanya soklan "keramat" tu. "Nak pegi mana pagi buta nie? hari minggu bangun awal sangat. tak pernah tengok bangun awal hari Sabtu selalunya?" . Sambil berlalu depan mak, aku pun menjawap. "Nak pergi kursus memasak". Mak bertegas suruh aku ulang balik jawapan yang aku bagi tadi. Setelah beritahu butiran serba sedikit, aku pun pergi ke Bakeri Ria Academy (BRA) di Taman Melawati.

Sebenarnya aku nie kategori orang tak berapa rajin nak memasak (bukan malas tau, tak berapa rajin saja ) . Tapi kalau buat kek atau biskut, itu yang aku rajin. Mungkin sebab boleh tengok resepi kut :P . Rupanya letih buat kerja kerja memasak kalau dalam kuantiti yang banyak nie. tapi aku puas. Sampai di BRA, aku register nama, masuk terus dalam kelas. Rupanya aku sorang ajer student ari tu. dah ler fist time. Gabra gak dibuatnya..hihihi.. Tq lah Chef Muhammad yang peramah tu.. sedikit sebanyak kurang gak la rasa gabra nie... Maklumlah... nie ler first time pergi kursus nie secara serius... Kalau tak, asyik tengok demo aja. Setelah selesai bertungkus lumus sampai tak makan tengahari , nie lah hasilnya




Muffin nie masa time buat, punya lah excited. Mana taknya, chef professional jadi cikgu kita :D. Segala-gala filling sumbat ajer... Akibatnya, terlalu banyak lah sumbat dalam bekas muffin tu. Sebelum nie pernah jugak buat muffin, tapi premix ajer. Masa guna premix tu x ler naik sangat pun. Kita nie ingat , masa buat kat BRA nie pun macam premix la gak, tak reti nak agak, muffin tu naik, sampai overloaded... lepas masak ajer muffin tu, tergelak kan diri sendiri... Apalah aku nie. Memang terbukti tak biasa kat dapur.. hahahaha


Lepas buat muffin, chef Muhammad ajar buat tartlet laks. Sebenarnya, aku sendiri tak pernah makan tart Blueberry dan Egg Tart nie. Tart nenas masa time raya tu pernah lah. Selalunya nampak tart niekat kedai kek. Sekarang aku baru tau betapa sedapnya Blueberry Tart dan Egg Tart nie.
Ada satu lagi chef Muhammad ajar ialah Cream Puff. Cream Puff nie memang favourite mak, tapi aku tak minat. So buat pun cukup-cukup untuk mak saja. gamabar Cream Puff nie pun tak teringat nak ambil sebab aku tak minat kut.
Balik dari BRA, mak tenguk punya lah banyak kotak kek. Mak kata "saper nak makan kek ko beli sampai 5 nie?". Masa tu mak baru selesai sidai baju. Aku pun suruh dia buka kotak-kotak dulu. Elok dia buka ajer, air muka dia dah berubah ceria. Dia kata dia tak sangka aku boleh buat benda-benda nie.

Disebabkan terlalu banyak makanan, mak suruh hantar kat rumah Mak Ndak dan Mak Su. Lepas Maghrib, terus ke rumah mereka yang tak jauh dari sini. Seperti yang di jangka, semua orang terperanjat, termasuk semua sepupu sepapat, mak sedara, bapak sedara.
Tapi, apa-apa pun , akhirnya, semua orang ucapkan taniah sebab terbukti "terel" di dapur. :D