Isnin, 20 Oktober 2008

Perkhidmatan Katering @ The Baker's Oven

Perkhidmatan Katering

The Baker's Oven ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada pembaca blog, bahawa kami ada menyediakan Perkhidmatan Katering bagi sebarang majlis keramaian, kenduri kawin, kursus dan sebagainya.

Kami menyediakan pelbagai pakej yang sesuai dengan budget anda. Untuk keterangan lanjut, sila email nama dan nombor telefon untuk dihubungi kepada kami di caliphworldlifestyle@yahoo.com.my .

Sekian harap maklum

Ahad, 19 Oktober 2008

JulesMD

JulesMD

Hari ini, keluarga sepupu saya yang berasal dari Selama, Perak datang beraya di rumah keluarga saya. Seperti biasa, isteri kepada sepupu saya ( panggil apa ek? sepupu ipar? :D) yang saya panggil Kak Julie selalu datang bersama buah tangan untuk ibu saya. Kali ini buah tangan dia amat berbeza sekali.

Setelah puas melihat tin biskut yang diberi, baru lah saya perasan bahawa Kak Julie telah mengeluarkan produk makanan dia sendiri yang diberi nama "Jules Delightfulness - Coconut Crunch" . Begini lah rupanya.


Saya amat kagum dengan Kak Julie kerana dia seorang surirumah sepenuh masa dan masih mempunyai masa untuk menjalankan perniagaan nya dari rumah. Pada mulanya saya hanya mengetahui Kak Julie nie membuat hamper untuk pelanggan korporat, dan sekarang, melalui blog beliau, saya dapat tahu dia juga menyediakan beberapa jenis perkhidmatan lain. Selain dari hamper, beliau juga membuat biskut, Pengurusan majlis (event management), Perkhidmatan PR dan Penulisan, Menerima Tempahan Brownies dan akan datang pada bulan December nanti ialah Koleksi Baju Kanak-Kanak.


Kepada pembaca blog yang ingin maklumat lanjut, sila berkunjung Kak Julie di http://julesmd.blogspot.com . Kepada Kak Julie, selamat maju jaya dalam perniagaan yang di ceburi.

Pengumuman

Pengumuman

Pada hari ini ialah 19 Syawal 1495 Hijrah. Bermakna dah 19 hari kita menyambut Hari Raya. Di sebabkan kesibukkan yang amat sangat, The Baker's Oven ingin memaklumkan tempahan untuk tarikh berikut adalah di tutup :-

* 24hb Oktober 2008 sehingga 27 Oktober 2008
* 1hb November sehingga 4hb Oktober 2008
* 28hb November 2008 sehingga 3 November 2008
* 6 Disember 2008 sehingga 16 Disember 2008
* 25 Disember 2008 sehingga 28 Disember 2008

Sekian Harap Maklum

Rabu, 1 Oktober 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2008
Maaf Zahir & Batin
ikhlas dari The Baker's Oven